Kini dibuka untuk Early Access

Urus homestay anda, semua dalam satu sistem.

Laman tempahan yang profesional untuk tetamu, papan pemuka yang mudah untuk anda. Tiada lagi buku nota dan WhatsApp yang berselerak.

Laman tempahan AQ Homestay di telefon, dijana oleh Tempah.la

Semua yang anda perlukan, tiada yang anda tak perlukan.

Kalendar masa nyata

Semua tempahan dalam satu kalendar yang sentiasa terkini. Tiada lagi double booking.

Tempahan dan WhatsApp

Tetamu tempah sendiri melalui laman anda; pengesahan dan peringatan sampai terus ke WhatsApp.

Banyak homestay, satu akaun

Setiap homestay atau unit ada kalendar, harga dan laman sendiri. Tukar antara semuanya sekali klik.

Bayaran dan deposit

Kutip deposit, sahkan resit dan jejak baki. Duit masuk terus ke akaun bank anda, bukan kami.

Check-in dan check-out

Panduan tetamu, senarai semak keluar dan rekod pemulangan deposit yang teratur.

Tetamu tetap

Rekod tetamu dan sejarah penginapan tersimpan kemas, senang layan tetamu yang datang semula.

Mula terima tempahan dalam tiga langkah.

  1. 1

    Daftar homestay anda

    Isi nama, kadar malam dan gambar. Laman tempahan anda siap dalam beberapa minit.

  2. 2

    Kongsi link anda

    Setiap homestay dapat alamat sendiri seperti nama-anda.tempah.la. Letak di bio, hantar ke tetamu.

  3. 3

    Terima tempahan

    Tetamu pilih tarikh dan hantar deposit, anda sahkan. Setiap ringgit dan setiap malam direkod.

Laman tempahan tetamu di telefon: pilih tarikh dan hantar deposit

Kami mencari 20 homestay pertama.

Early Access terhad supaya kami boleh bantu setiap pemilik satu per satu. Sertai kalau anda mahu sistem yang teratur dan sudi beri maklum balas ikhlas.

Mohon Early Access
  • Percuma sepanjang tempoh Early Access
  • Harga istimewa seumur hidup bila pelan berbayar diperkenalkan
  • Akses awal kepada setiap ciri baharu
  • Bantuan persediaan terus daripada pembina sistem

Dibina dan diuji di homestay sebenar.

Tempah.la bermula di AQ Homestay di Mukah, Sarawak. Setiap tempahan, deposit dan check-out di sana berjalan melalui sistem ini setiap hari, jadi setiap ciri wujud sebab pemilik homestay betul-betul memerlukannya.

Lawati aqhomestay.com

Soalan yang selalu ditanya.

Berapa harganya?

Percuma sepanjang tempoh Early Access. Bila pelan berbayar diperkenalkan nanti, 20 homestay pertama dapat harga istimewa seumur hidup dan boleh berhenti bila-bila masa.

Perlu kad kredit untuk mula?

Tidak. Daftar dengan e-mel sahaja, dan homestay anda boleh mula terima tempahan hari yang sama.

Macam mana tetamu bayar?

Tetamu bayar deposit dan baki terus ke akaun bank atau DuitNow anda, kemudian muat naik resit untuk anda sahkan. Duit anda tidak pernah melalui kami.

Boleh guna untuk lebih daripada satu homestay?

Boleh. Satu akaun boleh urus beberapa homestay, dan setiap homestay boleh ada beberapa unit dengan kalendar serta harga masing-masing.

Data tempahan saya selamat?

Setiap homestay diasingkan sepenuhnya: pemilik lain tidak boleh melihat tempahan, tetamu atau maklumat bank anda. Anda boleh eksport data anda bila-bila masa.

Sedia untuk tempahan yang lebih teratur?

Tiada kad kredit diperlukan. Batal bila-bila masa.